CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.. queen of blog ..

.. queen of blog ..

selamat datang semua !! sile2 ~

ingatan buat hati ..

Cute Strawberry

Monday 3 October 2011

Lepaskan Ia Pergi ~~


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Lepaskanlah Ia..

Redhalah.. Redhalah dengan apa yang telah terjadi. Lepaskan ia pergi. Itulah yang terbaik. Allah sudah menentukannya. Jangan dikenang lagi..

Kadang-kadang kita terlalu lama mengenangkannya, sehingga kita tidak nampak jalan keluar yang lain. Apabila satu pintu kebahagian tertutup, Allah membuka pintu-pintu lain. Kita hanya perlu menyedari akan pintu-pintu itu. Rahmat Allah itu terlalu luas. Jangan diketepikan. Itu namanya manusia yang tidak tahu bersyukur.

Jangan kita tergolong di dalam golongan itu. Redhalah walaupun ia pahit. Redhalah walaupun ia sakit. Kerana Allah tahu yang terbaik.

‘’Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.’’ (Surah Ibrahim 14: Ayat 7)

No comments: