CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.. queen of blog ..

.. queen of blog ..

selamat datang semua !! sile2 ~

ingatan buat hati ..

Cute Strawberry

Sunday 29 May 2011

Tanda-Tanda Orang Lelaki Merajuk

Diam Seribu Bahasa

Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.


Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.



Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )



Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)



Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.



Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!



Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!



Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!



Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun...



Wednesday 25 May 2011

tunang?? .. jgn maen2~

Percaya atau tidak, kita boleh 'bertunang' tanpa sedar? Ya, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin tidak tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu masa nak tunang bawak rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa tiada. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang bolehh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu tidak menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti belum baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(tidak boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

so?? dont play play...

CINTA NABI BERMAKNA CINTAKAN ALLAH..~


Mari SELAWAT beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir

Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.

Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.

Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,

Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,

Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya

Monday 23 May 2011

'Untuk Bakal Teman Hidupku'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Untuk bakal teman hidupku, bacalah...

Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.


 Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.

wallahua'lam...

Sunday 22 May 2011

(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ ´*.¸.•´♥` Mencari cinta


❤ Wahai diri yang dianugerahkan rasa cinta. Biarku khabarkan kerana cinta itu anugerah Illahi. Satu rasa yang sukar diterjemahkan. Senada pada warna hati. Andai putih hati nescaya putihlah cinta. Hati berkata-kata tentang cinta. Di mana-mana juga insan bercerita tentang cinta. Walaupun di lorong-lorong sunyi sepi. Di mana kedudukan sebenar cinta??? Aku sendiri keliru meskipun panduannya ada pada cermin hati. Biarku singkap erti cinta…❤

❤ Cintailah ALLAH sepenuh hati, nescaya akan engkau temui cinta sebenar yang dikau cari-cari selama ini. Di sana ada ketenangan, kedamaian, keharmonian, kegembiraan dan pastinya tiada lagi sesalan, derita dan air mata kecewa…❤

❤ Cintailah ALLAH sebelum engkau mencintai insan. Hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada makhluk pasti akan bertambah retak dan terburai. Tetapi hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada Illahi pasti ianya akan bertaut kembali…❤

❤ Yakinlah bahawa ALLAH pasti anugerahkan dirimu seorang insan yang benar-benar ikhlas menyayangi dan mengasihimu seandainya dirimu mampu meletakkan rasa cinta di tempat yang hak. Dalam memburu cinta, manusia seringkali keliru. Sedangkan rasa cinta itu mana mungkin dapat dibahagi-bahagikan…❤

❤ Kalau dirimu memilih untuk mencintai insan, mana mungkin dirimu mampu meletakkan rasa cinta pada ALLAH. Kalau dirimu memilih untuk mencintai ALLAH, pasti tebaran wangian cinta itu akan dapat dihidu oleh sesiapa pun sahaja. Wangian yang mendamaikan hati yang keresahan dan kegersangan. Wangian itulah yang bakal membibitkan rasa kasih yang sukar diungkapkan dengan kata-kata… ❤

❤ Andai mampu ku sulami cinta seperti Rabiatul Adawiyah. Betapa aku mampu meletakkan diriku sebagai hamba yang mendambakan cinta-Mu. Tetapi hati ini meminta…❤

“ Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Agung…

“ Kurniakanlah aku seorang insan yang bertaqwa yang akan memimpin tanganku menuju kepada keredhaan-Mu. Ku sedari, tidak mampu diriku berjalan sendirian mencari cintamu tanpa dirinya yang akan mengajarkan aku tentang makna cinta sejati..” ❤

Ameen Ya Allah…❤
 
 
 
 

Thursday 19 May 2011

kenapa wanita membenci lelaki??????


1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak
meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak ialah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala
gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti
mereka di soal siasat oleh kekasih mereka... macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis.
Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan
melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini
berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang
suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... hahaha sedarlah!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki
selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah katakan! Tidak
semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN


Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita,
alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar  pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang
ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada  juga
sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam  alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata  duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa
cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA


Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering  dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya
tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak  pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja.
Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun
sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah
kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa
kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang
pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun
dia tak  sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH


Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak  sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak  ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi
alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau  ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan
tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,  mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si  dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap
meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya  sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap
anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari  kesalahan
sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen
HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!


Bercinta dan berkasih biar satu, berkawan biar seribu.
Tiada istilah berkongsi kasih-sayang di dalam hidupku.  Seorang jejaka, hanya untuk seorang wanita dan tidak lebih dari itu.

Thursday 12 May 2011

ANDAI LELAKI TAHU …


Andai lelaki tahu,,apabila sseorg perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya mpunyai segalanya ttpi llaki itu merupakan segalanya dlm hati dan hidupnya..
Andai lelaki tahu..apabila sseorg perempuan itu mglirkan airmata,itu bkn bermakna dy lemah..tetapi dy sedang mencari kekuatan utk terus tabah mencintai lelaki itu..
Andainya lelaki tahu…apabila sseorg perempuan marah,mmg dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,itu maknanya dy sgt menyayangi dan mengambil berat mengenai lelaki itu..lihat sahaja pasangan yg baru bcinta,mereka jarang bergaduh..tetapi percayalah,semakin bertambah syg mereka pd sseorg,semakin byk pertelingkahan yg berlaku …
Andainya lelaki tahu….apabila perempuan byk bercakap,dy tidak pernah bermaksud utk mmbuat kamu rimas..ttpi dy mahu kamu mengenalinya dgn lebih dekat…
Andainya lelaki tahu…apabila perempuan berkat dy mahu kamu berubah,itu bkn bermakna dy tidak menerima kamu seadanya…tapi dy mahu mnjadikan kamu lebih baik,bkn utk dirinya…tapi utk masa depanmu…
Andainya lelaki tahu…apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu,bukan bermakna dy tidak syg..ttapi dy terlalu menyayangimu dan masih menganggap kamu anak kecil yg masih memerlukan sepenuh perhatian…kdg2 dy risau sekiranya dy terlalu mpcayaimu,kamu pula yg mengkhianati kepercayaannya..
Andainya lelaki tahu…apabila perempuan merajuk,dy bkn mengada2..dy bukannya mahu dipujuk dgn wang ringgit atau hadiah sedozen..Tp cukup dgn perhatian yg boleh buat seorg perempuan rasa dihargai..
Andainya lelaki tahu…apabila perempuan jarang mengatakan I Love U,itu tidak bermaksud dy tidak mencintaimu..ttpi dy mahu lelaki itu merasakan sendiri cintanya..bkn hadir hanya dgn kata2,tetapi juga melalui bahasa tubuhnya…
Andainya lelaki tahu…sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dgn perbezaan yg tersendiri..tetapi sekiranya mereka saling memahami,mereka akan saling melangkapi dan menyempurnakan..Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali..Disebalik airmatanya tersimpan 1001 kekuatan yg bakal menjadikan seorg lelaki itu merasa selamat bersamanya..Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah,tapi dy punya kekuatan tersendiri yg bias menggoncang dunia dan bias mbuat lelaki lemah kerananya..
Jadi,hargailah kehadiran seorg perempuan dln hidupmu..kerana dy didatangkan bkn dgn kelemahan sahaja ttapi dy juga ada kekuatan utk menyokongmu dan membuatkan hidupmu lebih sempurna..Dialah yg bakal menjadi perempuan bekerjaya,isteri juga ibu yg terbaik utk anak2mu kelak…

Tuesday 10 May 2011

biarlah rahsia ...

pernahkah kau bermimpi seketika..
berada di tempatku
membayangkan pahit manis berlalu
tak siapa yg tahu
mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dgn kata menyesatkan
takkan kubumu kebal
tiada pertimbangan

keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada ku menjauhi...
dan kisahku yg masih panjang
menambahkan berat yg memandang..
lantas ku pendam...
ku putuskan..................biarlah rahsia ~

semakin aq hidup dlm cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata2 bertulangkan dusta ..

-10 MEI 2011-

Monday 9 May 2011

MAAFKAN AQ ......

x twu laa cmne na mule..
aq mmg ase serbe salah...tp ape lg ya aq mmpu lkukn?
maafkan aq..tu je yg aq dpt ckp wt mase niyh..
tp mmg hakikatnye aq x dpt terime ape yg dah tjadi,,
najah,,kalau la njah twu brape byk k.uda sygkn najah...
k.uda sntiasa sokong njah ape pun yg njah nk dlm idup najah,,
tp faham lah,,satu niy je yg k.uda x dpt terime..
k.uda x mntk njah utk ikut,tp entahlah..
ramai lagi yg ade buat najah,,,
doa k.uda..
andai mmg dtentukan jodoh najah dgn akim,biarlah k.uda yg pegi..
asal najah bley bhgie dgn dy...
x de pn prsaan sakit ati lg2 cemburu ble dpt twu najah ngn dy..
tp sememangnye k.uda x dpt terime..
k.uda twu akim da bencikan k.uda skg...
bia lh dy,k.uda x bhrp dy maafkn akq pown..
yg penting k.uda nk najah fhm knpe k.uda wt sume niy..
knpe najah x pena pk sblm amek kptsn niy??
najah x pk kn k.uda ke?
dah x t'pk lgsg?

letakkan diri najah kt tempat k.uda..
pndang diri najah dari sudut k.uda berdiri....
najah akn dpt jwpnnye..
fahamilah adikku ~