CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.. queen of blog ..

.. queen of blog ..

selamat datang semua !! sile2 ~

ingatan buat hati ..

Cute Strawberry

Thursday 24 May 2012

Allah, kuatkan hati aku dan mereka ~

"Jangan kita sedih tatkala kita kehilangan sesuatu dari dalam hidup kita kerana kita tidak pernah punya apa-apa melainkan pinjamankan dariNya semata-mata. " ~ Khalid Al-Walid ~  

Tuhanmu tidak meninggalkanmu , Dan tidak pula membenci .

Dugaan, cabaran dan ujian.. semuanya bukanlah bentuk kebencian Allah SWT . Hatta bala bencana yang menimpa juga hakikatnya dalam ruang kasih sayangNya yang luas . Dia ingin kita kembali kepadaNya,
kerana kembali kepadaNya adalah satu-satunya cara menggapai kebahagiaan ,

saat ini, sebenarnya aku sangat sakit .. seringkali aku berfikir, agar tuhan ambil nyawaku supaya aku tidak merasakan sakit ini .. haha, aku terlupa yang maut itu jauh lebih sakit dari apa yg aku bayangkan .. sebenarnya bila Dia menguji kita dalam sesuatu hubungan, (kawan, keluarga, cinta ), Dia hanya mahu menyedarkan kita bahawa kita terlalu gembira dan bahagia dan MUNGKIN kita terlupa padaNya, PEMILIK SEGALANYA.

Menyedari hakikat bila diuji, barulah kita mendekati Allah .. kita sering bersama Allah .. itulah kekuatan kita, yang hakiki sebenarnya .. menyedari betapa kasihnya Allah kepada kita, masa itulah sebenarnya saat jiwa kita benar2 lapang, tenang ..

yaaaa ~ memang payah bila manusia lain x memahamo penderitaan kita, apa yg kita rasa .. lagi sakit bila manusia tersebut meminta kita pula untuk memahami mereka ..  itulah "lumrah" namanya .. tetapi ALLAH tidak begitu .. Dialah paling memahami .. Dia yang paling mengetahui .. Dia mendengar semua rintihan .. Dia memberikan bantuan .. bila-bila waktu pun .. hebat kan ?

Sudahlah, hati .. tenanglah ,damailah ~
Allah akan balas kesabaranmu itu .. Dia akan beri ganjaran keperitan rasamu itu ~ Dia yang akan membayar semula segala kesusahan dan kesakitan yang kau tanggungi ..
Yang perlu kita lakukan sekarang cuma bersabar ,, sabar dan terus berusaha manghadapi san menyelesaikan apa pun masalah yang datang ,,

mintalah kekuatan dari yang hak ..