CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.. queen of blog ..

.. queen of blog ..

selamat datang semua !! sile2 ~

ingatan buat hati ..

Cute Strawberry

Sunday 22 May 2011

(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ ´*.¸.•´♥` Mencari cinta


❤ Wahai diri yang dianugerahkan rasa cinta. Biarku khabarkan kerana cinta itu anugerah Illahi. Satu rasa yang sukar diterjemahkan. Senada pada warna hati. Andai putih hati nescaya putihlah cinta. Hati berkata-kata tentang cinta. Di mana-mana juga insan bercerita tentang cinta. Walaupun di lorong-lorong sunyi sepi. Di mana kedudukan sebenar cinta??? Aku sendiri keliru meskipun panduannya ada pada cermin hati. Biarku singkap erti cinta…❤

❤ Cintailah ALLAH sepenuh hati, nescaya akan engkau temui cinta sebenar yang dikau cari-cari selama ini. Di sana ada ketenangan, kedamaian, keharmonian, kegembiraan dan pastinya tiada lagi sesalan, derita dan air mata kecewa…❤

❤ Cintailah ALLAH sebelum engkau mencintai insan. Hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada makhluk pasti akan bertambah retak dan terburai. Tetapi hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada Illahi pasti ianya akan bertaut kembali…❤

❤ Yakinlah bahawa ALLAH pasti anugerahkan dirimu seorang insan yang benar-benar ikhlas menyayangi dan mengasihimu seandainya dirimu mampu meletakkan rasa cinta di tempat yang hak. Dalam memburu cinta, manusia seringkali keliru. Sedangkan rasa cinta itu mana mungkin dapat dibahagi-bahagikan…❤

❤ Kalau dirimu memilih untuk mencintai insan, mana mungkin dirimu mampu meletakkan rasa cinta pada ALLAH. Kalau dirimu memilih untuk mencintai ALLAH, pasti tebaran wangian cinta itu akan dapat dihidu oleh sesiapa pun sahaja. Wangian yang mendamaikan hati yang keresahan dan kegersangan. Wangian itulah yang bakal membibitkan rasa kasih yang sukar diungkapkan dengan kata-kata… ❤

❤ Andai mampu ku sulami cinta seperti Rabiatul Adawiyah. Betapa aku mampu meletakkan diriku sebagai hamba yang mendambakan cinta-Mu. Tetapi hati ini meminta…❤

“ Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Agung…

“ Kurniakanlah aku seorang insan yang bertaqwa yang akan memimpin tanganku menuju kepada keredhaan-Mu. Ku sedari, tidak mampu diriku berjalan sendirian mencari cintamu tanpa dirinya yang akan mengajarkan aku tentang makna cinta sejati..” ❤

Ameen Ya Allah…❤
 
 
 
 

No comments: